Pemasangan

Kami ODL PRINTING HUB adalah pengeluar bagi produk Foto Mural. Di mana kami hanya memfokuskan kepada kerja-kerja penghasilan foto mural sahaja.

Secara asasnya kami TIADA MENYEDIAKAN  servis pemasangan. Kebanyakan daripada pelanggan-pelanggan kami membuat pemasangan secara sendiri, kerana atas faktor pemasangan yang mudah dan menjimatkan. 

Namun begitu, jika anda memerlukan servis pemasangan, anda boleh mendapatkan khidmat orang luar, pihak kami boleh memperkenalkan anda kepada mereka yang ada menyediakan servis pemasangan foto mural ini :

Ipoh dan sekitarnya : Pihak kami boleh menguruskan kerja pemasangan

KL/Selangor/Putrajaya : (sila hubungi kami untuk mendapatkan info)

Neg. Sembilan / Melaka : (sila hubungi kami untuk mendapatkan info)

Kelantan : (sila hubungi kami untuk mendapatkan info )

Untuk negeri-negeri lain, sekiranya anda memerlukan juga servis pemasangan, tetapi tidak tahu di mana ingin mencari mereka yang boleh melakukan kerja tersebut, anda perlulah bersabar untuk mana-mana team pemasangan sampai ke lokasi anda pada trip yang akan datang.

CAJ SERVIS PEMASANGAN 

Untuk Servis pemasangan , anda akan di caj asas adalah RM1.50 sekaki persegi (minima caj RM200, dan bergantung pada lokasi dan keadaan dinding anda.)

Pemasangan Secara D.I.Y

Untuk Pemasangan secara D.I.Y (Do It Yourself), ianya tidaklah sesukar mana. 

Keadaan material yang telah siap berpelekat (gam) amat memudahkan kerja-kerja pemasangan dilakukan.

Disarankan sekurang-kurangnya memerlukan 2 orang bagi membuat kerja pemasangan ini.

RSS22k
Follow by Email
Facebook
Google+
https://edymural.com/pemasangan">
Twitter
Instagram